Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak update apa apa dalam blog ni, (entries lama lama semua dah delete. sebab semua mengarut. hehe) saya terpanggil untuk mengulas sedikit isu yang femes sekarang dalam kalangan ikhwah ( remaja ) kini.
Apakah itu ?
Cinta Islamik or nama lain dia Couple Islamik.
Cinta
Ramai yang berkata, "Apa salahnya bercinta? Cinta itu fitrah! Islam tidak menolak mana mana fitrah manusia."
hamboii..
Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…
Cinta ada banyak.
- Cinta Pada Allah
- Cinta Pada Rasul
- Cinta Pada Ilmu
- Cinta Pada Mak Ayah
dan banyak lagi. boleh baca huraian yang dah ditulis dekat blog Tarbiah Sentap .
Cinta Islamik
Berbalik pada tajuk. Cinta Islamik.
Ramai je yang tahu yang Couple ni HARAM. Couple bagi mereka ialah berpegangan tangan, berjalan berdua duaan pergi lepak kat shopping complex, pergi makan sama sama tanpa ajnabi. Couple macam ni, semua tahu, HARAM.
Namun, ada segelintir dari aliran agama, or, mempunyai ilmu tentang agama ini, mahu halalkan Couple ini. Mereka menamakannya Couple Islamik or Cinta Islamik.
Errr. Sama lah tuu..
Cinta Sebelum Nikah semua haram kawan..
"Kenapa? Kami tak berpegangan tangan pun. Kami tak pernah keluar berdua dua. Kami habis habis Whatsapp tanya khabar. Kami saling nasihat menasihati. Ingatkan suruh solat awal waktu. Ajak bangun solat tahajjud"
Haha. Hai kawan. Awak ingat dengan Whatsapp orang yang bukan ajnabi takkan rasa apa apa ke? Terutama pada orang yang kita suka. Bagi smiley je pun kita dah boleh tersenyum. Aishh. Tu baru smiley. Kalau dah bercinta, even Islamik pun pasti akan terlintas, "I miss you" . " I Love You" .
Tudiaaa . lagi parah. Nampak tak macamana syaitan buat keje dia. Halus je beb.
"Tapi, salah ke kalau kita rindu seseorang? Bukan ke itu normal eh ?"
Iyupp . itu normal. Tak haram kalau awak rindu dekat mahram. Rindu dekat mak ayah la.. Weh. aku rindu dekat kawan aku satu dorm dulu. Rindu la dekat bini aku dekat rumah.
Untuk cakap rindu dekat orang yang bukan mahram kita, HARAM. Jauhilah kawan kawan. Sedar tak sedar, semua ni adalah jalan zina.
Kenapa?
Yela. Mula mula Hai hai dalam Whatsapp, Facebook, Twitter dan seangkatan dengannya. Kalau yang tak berani tu, bagi smiley je. Orang sana pun reply smiley. Alolo. Kau fikir itu sweet? Lepas dah balas berbalas smiley, mesti dah selesa dengan dia. Mula lah berkongsi cerita itu dan ini. Berkongsi masalah bagai. Nak lagi? lepas tu dan mula berani cakap, kita dah lama berkenalan, boleh kita berjumpa? Haa. dah start jumpa nahas lah kau. Lepas jumpa confirm punya asyik terbayangkan Si Dia yang tak berapa nak cantik/kacak tu. teringat kenangan mesra bersama. Puihh. geli aku jah. Jumpa lagi. dah semakin berani, main pegang pegang tangan pulak. dah pegang pegang lagi cepat nak sampai ke ZINA. Lepas zina, pergi Jahanam masuk neraka hang.
Tak ngeri ke semua ni? Maaflah tiba tiba keluar bahasa kasar. Bukannya apa. Kadang kadang kita kena kasi sentap sikit kat remaja sekarang. Baru boleh sedar. Tu pun ramai lagi yang tak sedar.
Astaghfirullah.
Kesimpulan
Sebagai penutup, sedarlah sahabat sahabatku bahawa, Cinta Sebelum Nikah ini HARAM. Kenapa? Dah cakap dekat atas tu. Semua ni adalah jalan zina.
Dalam Quran Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) ."
(Al-Isra' 17:32)
Dalil di atas bukannya cakap zina baru jatuh hukum haram. Takk. Mana mana jalan yang menuju zina pun dah Haram brader.
So, saya rasa mesti dah ramai yang jelas tentang soal ini.
Kadang kadang kita tahu soal ini, namun kita tetap tak berubah sebab degil! Takut akan kehilangan awek/pakwe kita! Takut pandangan orang cakap kita kolot, poyo, ketinggalan zaman , bla bla bla. Macam macam. Tapi korang tak takut ke Allah murka??
Nauzubillah. Menangis lah sahabatku. Menangis. Menangis kenangkan dosa dosa kita selama ini. Ayuhlah bertaubat.
Agar Allah redha. ☺
Dalam Quran Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) ."
(Al-Isra' 17:32)
Dalil di atas bukannya cakap zina baru jatuh hukum haram. Takk. Mana mana jalan yang menuju zina pun dah Haram brader.
So, saya rasa mesti dah ramai yang jelas tentang soal ini.
Kadang kadang kita tahu soal ini, namun kita tetap tak berubah sebab degil! Takut akan kehilangan awek/pakwe kita! Takut pandangan orang cakap kita kolot, poyo, ketinggalan zaman , bla bla bla. Macam macam. Tapi korang tak takut ke Allah murka??
Nauzubillah. Menangis lah sahabatku. Menangis. Menangis kenangkan dosa dosa kita selama ini. Ayuhlah bertaubat.
Agar Allah redha. ☺

No comments:
Post a Comment